Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Monday 1 December 2014

Alhamdulillah..Isi kandungan Buku Doorgift lulus tapisan Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam.




Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh.

Buat pengetahuan semua, buku kami telah melalui tapisan Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam. Antara yang diteliti adalah isi kandungan dan ejaan bahasa jawi. Alhamdulillah sukacita dimaklumkan, buku kami bertajuk Himpunan Doa Terbaik Dari Al-Quran & Zikir Pagi Petang Menurut Sunnah Yang Sahih telah lulus daripada tapisan tersebut dari segi isi kandungan tanpa sebarang teguran. Manakala dari segi ejaan jawi, terdapat beberapa teguran kecil daripada pihak mereka. Kami terima teguran tersebut dengan hati terbuka. JazakAllahu khair! Namun secara keseluruhan, mereka membenarkan buku kami diedar di dalam negara Brunei Darussalam.

 Ini satu jaminan bahawa isi kandungan buku kami telah ditapis oleh pihak kami sendiri secara ilmiah mengikut kefahaman Islam Ahlussunnah Wal Jamaah & juga oleh pihak Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam yang juga mengikut fahaman Islam Ahlussunnah Wal Jamaah. Oleh itu para pelanggan tidak perlu ragu-ragu kerana kami hanya memuatkan ilmu yang sahih berserta dalil dari Al-Quran & As-Sunnah.

BarakAllahu Feekum.