Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Wednesday 24 December 2014

Maklumbalas dari para pelanggan


Alhamdulillah..

Syukur kerana pihak kami banyak menerima maklumbalas positif dari para pelanggan

Semoga Allah SWT menilai Usaha Kita bersama dalam menyebarkan kebenaran & ilmu bermanafaat

 di Akhirat kelak dan Semoga ianya bersama-sama menjadi amal jariah kita..

InsyaAllah 

BarakaAllahu Feekum

Dari : Pihak Cikgu Lin (Ummu Sabrina & Abu Sabrina)










Buat seorang pelanggan kami yang mengalami kesukaran kerana terpaksa menangguhkan majlis 

berikutan faktor cuaca di pantai timur baru-baru ini, Pihak kami mendoakan agar dipermudahkan 

segala urusan majlis kelak & InsyaAllah setiap Dugaan pasti ada Hikmahnya..

Tempahan yang telah disiapkan


Salam buat para pelanggan dan juga bakal pelanggan :-)

Berikut adalah gambar yang sempat kami ambil ketika menyiapkan buku doorgift untuk Majlis 

Aqiqah dan juga Majlis Pertunangan.

Alhamdulillah..Semoga urusan majlis berjalan dengan lancar hendakNya

InsyaAllah


















Thursday 18 December 2014

Maklumbalas dari pelanggan


Alhamdulillah...

Pihak kami banyak menerima maklumbalas yang positif dari para pelanggan :-)

Berikut adalah maklumbalas yang kami terima 

Segala kekurangan harap dimaafkan

Semoga urusan majlis berjalan dengan lancar hendakNya...InsyaAllah

BarakaAllahu Feekum







Tempahan untuk Majlis Aqiqah


Salam buat para pelanggan dan juga bakal pelanggan :-)

Berikut adalah gambar yang sempat kami ambil ketika menyiapkan tempahan untuk Majlis Aqiqah putera kelahiran salah seorang pelanggan kami dari bandar bersejarah :-)

BarakaAllahu Feekum










Monday 15 December 2014

Maklumbalas Pelanggan


Salam buat pelanggan yang dirahmati dan juga bakal pelanggan :-)

Berikut adalah maklumbalas yang kami terima dari pelanggan...Alhamdulillah

Semoga majlis berjalan lancar dan dirahmati Allah SWT

BarakaAllahu Feekum





Tuesday 9 December 2014

Maklumbalas dari pelanggan


Salam semua para pelanggan dan bakal pelanggan :-)

Alhamdulillah parcel akhirnya tiba

Berikut adalah maklumbalas yang diberi oleh seorang pelanggan kami dari pulau mutiara :-)

BarakaAllahu Feekum










Tempahan yang siap & Proses pembungkusan serta Pengeposan


Salam buat para pelanggan...

Berikut gambar yang sempat kami ambil & upload semasa proses pembungkusan tempahan seorang pelanggan istimewa kami di Pulau Mutiara :-)






Untuk tempahan di bawah 100pcs kami menggunakan flyers poslaju & untuk 100 ke atas kami menggunakan kotak poslaju





Sunday 7 December 2014

Maklumbalas pelanggan


Salam buat semua para pelanggan dan bakal pelanggan.. :-)

Alhamdulillah parcel selamat tiba...walaupun berlaku sedikit kelewatan dalam urusan penghantaran dari pihak poslaju, tetapi seorang dari pelanggan kami di selatan tanah air tetap bersabar menunggu.

Berikut adalah maklumbalas dari pihak beliau..



BarakaAllahu Feekum

Tuesday 2 December 2014

Cenderahati majlis kesyukuran anak pulih dari koma selama 2 bulan.


Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh.

Kami menerima satu tempahan istimewa. Istimewa kerana cerita di sebalik majlis kesyukuran yang bakal diadakan. Penjelasannya seperti email yang dihantar:

Catatan: anak akak ******** 19 th telah koma dua bulan, masa tu ramai kawan2 kak, kwn2 dia  
  doakan dan bg sokongan.. ni majlis mereka yg nak buat, akak tak ada bajet tinggi  
  nak bg hadiah kat depa semua, buku ni amat berguna.. moga cikgu sempat buat  
  Sebelum ****** ni..(majlis di melaka pd ******, kami bertolak *******.) terimakasih.  
  sekarang anak kak dah sihat.. alhamdullillah...  






Segala sesuatu terjadi dengan izin Allah. Dia berbuat apa yang Dia kehendaki.
Dia tidak ditanya perbuatanNya, malahan kitalah yang akan ditanya perbuatan kita.
Maha Suci Allah, Zat Yang Maha Kaya dan Suci Dari Kekurangan.
Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.

BarakAllahu Feekum


Monday 1 December 2014

Alhamdulillah..Isi kandungan Buku Doorgift lulus tapisan Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam.




Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarokatuh.

Buat pengetahuan semua, buku kami telah melalui tapisan Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam. Antara yang diteliti adalah isi kandungan dan ejaan bahasa jawi. Alhamdulillah sukacita dimaklumkan, buku kami bertajuk Himpunan Doa Terbaik Dari Al-Quran & Zikir Pagi Petang Menurut Sunnah Yang Sahih telah lulus daripada tapisan tersebut dari segi isi kandungan tanpa sebarang teguran. Manakala dari segi ejaan jawi, terdapat beberapa teguran kecil daripada pihak mereka. Kami terima teguran tersebut dengan hati terbuka. JazakAllahu khair! Namun secara keseluruhan, mereka membenarkan buku kami diedar di dalam negara Brunei Darussalam.

 Ini satu jaminan bahawa isi kandungan buku kami telah ditapis oleh pihak kami sendiri secara ilmiah mengikut kefahaman Islam Ahlussunnah Wal Jamaah & juga oleh pihak Pusat Dakwah Islam, Brunei Darussalam yang juga mengikut fahaman Islam Ahlussunnah Wal Jamaah. Oleh itu para pelanggan tidak perlu ragu-ragu kerana kami hanya memuatkan ilmu yang sahih berserta dalil dari Al-Quran & As-Sunnah.

BarakAllahu Feekum.