Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Thursday 24 April 2014

Contoh Custom Word (Muka Dalam Halaman Pertama) : Majlis Aqiqah & Kesyukuran


Sebelum ini kami sering menunjukkan contoh muka hadapan buku doorgift kami. Kali ini kami paparkan kepada anda contoh muka halaman pertama dengan 'custom word'. Contoh majlis adalah Majlis Aqiqah & Kesyukuran. Kami selitkan juga gambar tema 'baby' agar kelihatan lebih menarik dan sesuai dengan majlis anda.





Perkhidmatan Pos Laju


Pihak kami menawarkan khidmat Pos Laju dari Pos Malaysia untuk pelanggan di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak. Buat masa ini kami pernah mengepos bungkusan seberat 3-5kg ke Sabah dan Johor untuk pelanggan. Alhamdulillah, bungkusan diterima pada masa yang ditetapkan dalam keadaan selamat. Untuk makluman, kos penghantaran ditanggung oleh pelanggan. Sila semak kos penghantaraan untuk berat tertentu di laman web Pos Laju Malaysia. Sebagai rujukan, untuk jumlah buku doorgift 250 keping, berat bungkusan lebih kurang 3.75kg.  




Monday 14 April 2014

Design Terbaru: Classic Vintage European Style


Design dengan tema 'Classic Vintage European Style' atas permintaan pelanggan. Sesuai juga bagi majlis bertema ungu / indigo.




Sunday 13 April 2014

Design Terbaru Buku Kami: 'Non-cute Design'


Kami menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis. Antaranya perkahwinan, pernikahan, aqiqah, cenderahati pihak sekolah, ulangtahun kelahiran, majlis kesyukuran dan majlis berkhatan. Untuk majlis berkhatan, mereka inginkan design yang tidak cute / comel. Ada juga relevannya! Mahu nampak maskulin! Berikut adalah design yang agak sesuai untuk majlis berkhatan.






Saturday 12 April 2014

Design Terbaru Kami: Purple Cute Flower


Berikut adalah design yang baru direka untuk pilihan pakej Eksklusif kami. Sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, aqiqah dan lain-lain. Warna latarbelakang boleh disesuaikan dengan tema majlis anda.






Thursday 10 April 2014

Kenapa Kami Tidak Tawarkan Lagi Doorgift Yasin? Ini Penjelasannya...


Ramai yang bertanya kenapa kami tidak tawarkan buku doorgift Yasin?
Ini penjelasannya...