Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Friday 28 February 2014

Apa itu 'custom word' halaman pertama?



- Ini adalah keistimewaan buku doorgift kami

- Anda boleh menulis nama majlis/nama anda di muka dalam halaman pertama

- Tulisan ini kalis air/peluh


Apa itu 'custom word' cover depan?



- Ini adalah keistimewaan pada buku doorgift kami

- Anda boleh menulis nama majlis/nama anda di muka depan & belakang

- Tulisan ini kalis air/peluh


Wednesday 26 February 2014

Review Buku: Bimbingan As-Sunnah Dalam Melayari Bahtera Perkahwinan






Tajuk: Bimbingan As-Sunnah Dalam Melayari Bahtera Perkahwinan

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Pelbagai kitab hadith

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: As-Sunnah adalah ilmu yang Allah SWT wahyukan pada Nabi SAW. Ianya adalah ilmu yang agung dan wajar kita jadikan pegangan yang kukuh dalam menempuh hidup penuh cabaran. Nabi SAW telah membina rumahtangga terbaik dalam sejarah hidup manusia di atas muka bumi ini. Banyak nasihat Baginda SAW yang dirakam dalam hadith sebagai pedoman melayari bahtera perkahwinan. Buku ini memuatkan hadith-hadith sahih berkait nasihat Nabi SAW dalam melayari kehidupan sebagai suami isteri. Rujukan untuk setiap hadith dimana ia diambil dinyatakan untuk meningkatkan kualiti buku ini.  


Review Buku: Zikir Selepas Solat Menurut As-Sunnah





Tajuk: Zikir Selepas Solat Menurut As-Sunnah

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Pelbagai kitab hadith

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: Zikir selepas solat adalah ibadah yang agung dimana ianya dilakukan secara konsisten oleh Nabi SAW sepanjang hidupnya. Hadith yang menerangkan tentang amalan zikir Nabi SAW sangat banyak ditemukan dalam timbunan kitab hadith. Penyusun memuatkan tatacara zikir selepas solat dan rujukan hadithnya agar dapat menjadi pedoman dalam melaksanakan ibadah yang agung ini. Penyusun hanya mengambil hadith berstatus sahih dan hassan untuk meningkatkan kualiti buku ini.  


Saturday 15 February 2014

Tempahan terkini..


Cadangan Muka Depan





Cadangan Muka Pertama (Isi Dalam)





Tempahan: Buku 'Doorgift'

Tajuk: Himpunan Doa Terbaik Dari Al-Quran

Penempah: Saudari Sahrah

Jumlah: 500 pcs

Harga: 80 sen

Tarikh tempahan: 14 Febuari 2014

Jangkaan siap: 1 minggu

Kualiti: glossy paper inside(kertas kilat majalah), book printing.


Thursday 6 February 2014

Review Buku: Surah Yasin & Hadith Berkaitannya (Tidak ditawarkan lagi)






Tajuk: Surah Yasin & Hadith Berkaitannya (Tidak ditawarkan lagi)

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Al-Quran & pelbagai kitab hadith

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: Buku ini memuatkan surah yang mulia dari Al-Quran iaitu surah Yasin dan hadith Nabi SAW yang berkaitan dengannya. Terdapat hadith yang shahih, daif dan palsu berkait dengan surah yang agung ini. Penyusun memuatkan hadith-hadith tersebut agar dapat menjadi rujukan dalam mengambil keutamaan dan kelebihan dari surah yang mulia ini. Rujukan untuk setiap hadith dimana ia diambil & darjat shahih, daif dan palsu oleh ulama hadith dinyatakan untuk meningkatkan kualiti buku ini.  


Review Buku: Himpunan Doa Shahih Dari As-Sunnah






Tajuk: Himpunan Doa Shahih Dari As-Sunnah

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Pelbagai kitab hadith

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: Buku ini menghimpunkan doa-doa terpilih dari hadith nabi SAW. Para sahabat RA telah merekodkan apa yang dibaca dan diajar oleh baginda SAW dan menyampaikan kepada kita melalui hadith-hadith. Penyusun hanya memilih hadith-hadith yang dinilai shahih dan hasan oleh ulama hadith untuk dimuatkan dalam buku ini. Rujukan untuk setiap hadith dimana ia diambil & darjat keshahihannya dinyatakan untuk meningkatkan kualiti buku ini.  


Review Buku: Himpunan Doa Terbaik Dari Al-Quran






Tajuk: Himpunan Doa Terbaik Dari Al-Quran

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Al-Quran

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: Buku ini menghimpunkan doa yang sememangnya teragung dan terbaik dari sumber yang teragung dan terbaik, Al-Quran. Walaupun tidak mampu memuatkan semua doa kerana keterbatasan ruang muka surat, hanya doa terpilih sahaja dapat dimuatkan. Penyusun memilih doa-doa yang besar manfaatnya dan mudah dihafal beserta makna terjemahannya untuk dimuatkan dalam buku ini. Rujukan untuk setiap doa dari nombor dan surah mana ia diambil  dinyatakan untuk meningkatkan kualiti buku ini.  


Review Buku: Zikir Pagi & Petang Menurut Sunnah Yang Shahih






Tajuk: Zikir Pagi & Petang Menurut Sunnah Yang Shahih

Penyusun: Abu Sabrina

Design: Abu Sabrina

Terbitan: Medi Aslam Enterprise

Jumlah Muka Surat: 20 muka termasuk kulit depan & belakang

Sumber: Pelbagai kitab hadith

Saiz: 10.5 x 7.4 cm

Harga: RM0.80 - RM1.50 (boleh dibincang bergantung kuantiti dan kualiti)

Nota: Buku ini menghimpunkan amalan zikir yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi SAW setiap pagi dan petang sepanjang hayatnya. Para sahabat merekodkan apa yang dibaca dan diajar oleh baginda SAW dan menyampaikan kepada kita melalui hadith-hadith. Penyusun hanya memilih hadith-hadith yang dinilai shahih oleh ulama hadith untuk dimuatkan dalam buku ini. Rujukan untuk setiap hadith dimana ia diambil & darjat keshahihannya dinyatakan untuk meningkatkan kualiti buku ini.


Tuesday 4 February 2014

Tempahan lalu


Tajuk: Doa Pagi & Petang Menurut Sunnah Yang Sahih

Penempah: Muhamad Nur Fahmi & Anisah

Jumlah: 500 pcs

Harga: 90 sen

Tarikh: Oktober 2013

Kualiti: glossy paper inside(kertas kilat majalah), book printing.







Pembuka Bicara Blog


Assalamual'aikum Warahmatullah Wabarokatuh...

Buku adalah satu bahan yang amat dimuliakan sejak dahulu kala. Mengapa tidak? Di dalam buku tersimpan dan tercatat ilmu dan perkara penting yang ingin di sampaikan kepada orang lain. Dalam amalan masyarakat Melayu, begitu buku dihormati hatta anak kecil dimarah apabila 'terpijak' atau 'terduduk' di atas buku. Al-Quran, buku suci umat Islam di letak di tempat tinggi dalam rumah orang Melayu seperti atas almari, rak kerana alasan kemuliaan meskipun tiada anjuran langsung yang sahih dari Allah atau Nabi SAW tentangnya. Itulah tanda buku itu dimuliakan.

Bertepatan dengan itu, kami melihat satu adat baik dalam masyarakat melayu adalah memberi 'doorgift' atau cenderahati kepada tetamu yang dimuliakan semasa majlis keraian. Ini termasuk majlis pernikahan, perkahwinan, aqiqah, hari keluarga dan lain lagi. Kebiasaannya mereka memberi 'doorgift' atau cenderahati bunga telur, kek, kuih-muih, makanan ringan, cawan, mangkuk, sapu tangan dan lain-lain. Satu hal yang perlu dititik beratkan adalah harga yang murah. Ini kerana 'doorgift' dan cenderahati itu akan ditempah dalam kuantiti yang banyak. Maka jika tetamu dijangka 500 orang, maka perbezaan harga sekecil 50sen akan menjadi sebesar RM250 akhirnya.

Kami berpendapat alangkah baiknya sekiranya 'doorgift' dan cenderahati tersebut adalah sesuatu yang lebih besar manfaatnya dari sekadar kenangan atau makanan yang habis bila dimakan. Atas dasar inilah kami mewujudkan satu ruang alternatif bagi masyarakat hari ini untuk memberi 'doorgift' dan cenderahati yang lebih bermanfaat seperti buku. 

Cabaran yang muncul kemudian adalah harga buku-buku yang sesuai dijadikan 'doorgift' dan cenderahati sedia ada dipasaran agak mahal. Namun ia sebenarnya bukan mahal jika dilihat dari ketebalan buku, bilangan mukasurat dan isi kandungan yang bermanfaat. Rata-rata sekitar RM2.00 ke RM3.00. Ini menjadi penghalang bagi orang yang ingin menempah untuk kuantiti yang banyak kerana nilai akhirnya terlalu mahal. Maka kami berusaha mencari penyelesaian tanpa mengkompromikan kualiti buku tersebut. Akhirnya kami menemui jalan penyelesaian iaitu mengurangkan muka surat dan memilih isi kandungan yang penting dan padat.

Dengan strategi yang dijalankan, kami mampu menawarkan buku 'doorgift' dan cenderahati kami dari harga RM0.80 ke RM1.50 dalam kuantiti yang kecil mahupun besar. Buku-buku tersebut kami rekacipta sendiri, bermula dari isi kandungan hingga muka depan dan belakang. Kini, ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk merealisasikan impian memberi 'doorgift' dan cenderahati buku yang bermanfaat tanpa kos yang membebankan.

Sekian.