Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Tuesday 4 February 2014

Pembuka Bicara Blog


Assalamual'aikum Warahmatullah Wabarokatuh...

Buku adalah satu bahan yang amat dimuliakan sejak dahulu kala. Mengapa tidak? Di dalam buku tersimpan dan tercatat ilmu dan perkara penting yang ingin di sampaikan kepada orang lain. Dalam amalan masyarakat Melayu, begitu buku dihormati hatta anak kecil dimarah apabila 'terpijak' atau 'terduduk' di atas buku. Al-Quran, buku suci umat Islam di letak di tempat tinggi dalam rumah orang Melayu seperti atas almari, rak kerana alasan kemuliaan meskipun tiada anjuran langsung yang sahih dari Allah atau Nabi SAW tentangnya. Itulah tanda buku itu dimuliakan.

Bertepatan dengan itu, kami melihat satu adat baik dalam masyarakat melayu adalah memberi 'doorgift' atau cenderahati kepada tetamu yang dimuliakan semasa majlis keraian. Ini termasuk majlis pernikahan, perkahwinan, aqiqah, hari keluarga dan lain lagi. Kebiasaannya mereka memberi 'doorgift' atau cenderahati bunga telur, kek, kuih-muih, makanan ringan, cawan, mangkuk, sapu tangan dan lain-lain. Satu hal yang perlu dititik beratkan adalah harga yang murah. Ini kerana 'doorgift' dan cenderahati itu akan ditempah dalam kuantiti yang banyak. Maka jika tetamu dijangka 500 orang, maka perbezaan harga sekecil 50sen akan menjadi sebesar RM250 akhirnya.

Kami berpendapat alangkah baiknya sekiranya 'doorgift' dan cenderahati tersebut adalah sesuatu yang lebih besar manfaatnya dari sekadar kenangan atau makanan yang habis bila dimakan. Atas dasar inilah kami mewujudkan satu ruang alternatif bagi masyarakat hari ini untuk memberi 'doorgift' dan cenderahati yang lebih bermanfaat seperti buku. 

Cabaran yang muncul kemudian adalah harga buku-buku yang sesuai dijadikan 'doorgift' dan cenderahati sedia ada dipasaran agak mahal. Namun ia sebenarnya bukan mahal jika dilihat dari ketebalan buku, bilangan mukasurat dan isi kandungan yang bermanfaat. Rata-rata sekitar RM2.00 ke RM3.00. Ini menjadi penghalang bagi orang yang ingin menempah untuk kuantiti yang banyak kerana nilai akhirnya terlalu mahal. Maka kami berusaha mencari penyelesaian tanpa mengkompromikan kualiti buku tersebut. Akhirnya kami menemui jalan penyelesaian iaitu mengurangkan muka surat dan memilih isi kandungan yang penting dan padat.

Dengan strategi yang dijalankan, kami mampu menawarkan buku 'doorgift' dan cenderahati kami dari harga RM0.80 ke RM1.50 dalam kuantiti yang kecil mahupun besar. Buku-buku tersebut kami rekacipta sendiri, bermula dari isi kandungan hingga muka depan dan belakang. Kini, ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk merealisasikan impian memberi 'doorgift' dan cenderahati buku yang bermanfaat tanpa kos yang membebankan.

Sekian.