Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Monday, 25 May 2015

Prinsip Muamalat dan Adab jual-beli :-)


Assalamualaikum warahmatullah buat semua pelanggan yang dihormati

Alhamdulillah

Mungkin post kali ini berbeza seperti kebiasaan. Sudah menjadi tugas seorang guru untuk mendidik dan juga mempelajari sesuatu...
Pihak Cikgu Lin baru-baru ini mengalami sedikit keuzuran dari segi masalah kesihatan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga anak-anak dan juga berita kepulangan saudara terdekat kembali ke rahmatullah. Maka berlaku sedikit kelewatan urusan. 

Alhamdulillah ramai di kalangan pelanggan menerima berita tentang keuzuran tersebut dengan baik.
Malahan ada yang mengucapkan dan mendoakan agar Pihak Cikgu Lin segera sembuh supaya dapat menyambung tugasan seperti biasa :-)

Di sini, pihak Cikgu Lin mengucapkan BarakAllahu feekum atas kebaikan dan kesudian pihak pelanggan yang menerima kekurangan tersebut.

Itulah adab jual beli iaitu berlandaskan ciri-ciri muamalat yang sebenar. Selama ini kita selalu mendengar tentang Falsafah Barat iaitu"Customer is always right". Namun bila Cikgu Lin hadiri dan mendengar kuliah-kuliah agama ternyata Falsafah tersebut tidak terpakai di dalam Islam. 
Ianya lari dari konsep asal Jual-Beli iaitu Muamalat. Dalil utama kerana ianya akan menganiaya si-penjual. Sebagai seorang mukmin, kita hendaklah menerima dan berbaik sangka jika ada dikalangan mukmin kita mengalami kesulitan mahupun keuzuran. Baik dari pihak penjual mahupun pembeli, kita hendaklah sentiasa berkata-kata yang baik dan berbaik sangka. Mungkin suatu masa nanti, takdir kita pula yang mengalami kesulitan atau keuzuran. Maka semestinya kita juga mengharapkan pihak mukmin yang lain menerima keuzuran dan kesulitan kita.

Janganlah kita terlalu mudah menerima prinsip dan falsafah barat kerana yang paling cantik dan benar adalah dari segi Hukum Islam itu sendiri yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Biarpun di mata orang lain, orang Islam kita tidak setanding tapi kita merebut pahala dan keredhaan Allah yang paling utama :-)

Pihak Cikgu Lin sendiri berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

BarakAllahu Feekum