Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Sunday, 31 May 2015

Cenderahati bagi Program anjuran Fakulti Pendidikan UKM


Salam buat para pelanggan :-)

Alhamdulillah..kami menerima pelbagai tempahan dari kalangan individu mahupun pihak berkaitan.

Baru-baru ini kami menerima tempahan bagi Cenderahati sebuah program anjuran Fakulti Pendidikan UKM

Cikgu Lin sendiri dan suami adalah bekas pelajar UKM tetapi dari Fakulti yang berlainan ;-)

Tempahan berikut adalah untuk 1000pcs

BarakAllahu Feekum
































Maklumbalas dari pelanggan :-)

Salam buat para pelanggan :-)

Alhamdulillah kami menerima maklumbalas yang baik dari para pelanggan :-)

Berikut adalah maklumbalas dari seorang pelanggan yang menempah untuk majlis Walimah anak beliau

Bagaimanapun, pihak kami tidak sempat mengambil gambar tempahan beliau berikutan kesibukan dengan tugasan

BarakAllahu Feekum



Tempahan untuk majlis walimah


Salam buat semua pelanggan :-)

Musim cuti persekolahan bermula :-) Alhamdulillah pihak kami telah menyiapkan tempahan untuk majlis walimah dari seorang pelanggan di timur semenanjung.

Kuantiti berikut adalah untuk 300pcs

Alhamdulillah..beliau amat berpuas hati

BarakAllahu Feekum










Monday, 25 May 2015

Tempahan yang telah disiapkan :-)


Salam buat para pelanggan :-)

Berikut adalah gambar yang sempat kami ambil dan upload semasa menyiapkan tempahan para pelanggan yang dihormati.

Alhamdulillah..BarakAllahu Feekum atas maklumbalas yang diberi :-)

Semoga urusan majlis berjalan dengan lancar hendakNya

















Cenderahati pihak muslimat untuk program surau


Salam buat para pelanggan :-)

Pihak kami telah menerima tempahan istimewa sebagai Cenderahati bagi Program yang dikelolakan oleh Pihak Surau :-)

Alhamdulillah..berikut adalah gambar tempahan yang sempat kami ambil.

Tempahan tersebut untuk Kod Design 21- Amalan Sunnah / romantic pastel roses. Tajuk buku tersebut adalah edisi keluaran khas dan terhad dari Pihak Medi Aslam Enterprise. Bagi tajuk tersebut, sila hubungi Pihak Cikgu Lin untuk mendapatkan harga :-)

BarakAllahu Feekum














Prinsip Muamalat dan Adab jual-beli :-)


Assalamualaikum warahmatullah buat semua pelanggan yang dihormati

Alhamdulillah

Mungkin post kali ini berbeza seperti kebiasaan. Sudah menjadi tugas seorang guru untuk mendidik dan juga mempelajari sesuatu...
Pihak Cikgu Lin baru-baru ini mengalami sedikit keuzuran dari segi masalah kesihatan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga anak-anak dan juga berita kepulangan saudara terdekat kembali ke rahmatullah. Maka berlaku sedikit kelewatan urusan. 

Alhamdulillah ramai di kalangan pelanggan menerima berita tentang keuzuran tersebut dengan baik.
Malahan ada yang mengucapkan dan mendoakan agar Pihak Cikgu Lin segera sembuh supaya dapat menyambung tugasan seperti biasa :-)

Di sini, pihak Cikgu Lin mengucapkan BarakAllahu feekum atas kebaikan dan kesudian pihak pelanggan yang menerima kekurangan tersebut.

Itulah adab jual beli iaitu berlandaskan ciri-ciri muamalat yang sebenar. Selama ini kita selalu mendengar tentang Falsafah Barat iaitu"Customer is always right". Namun bila Cikgu Lin hadiri dan mendengar kuliah-kuliah agama ternyata Falsafah tersebut tidak terpakai di dalam Islam. 
Ianya lari dari konsep asal Jual-Beli iaitu Muamalat. Dalil utama kerana ianya akan menganiaya si-penjual. Sebagai seorang mukmin, kita hendaklah menerima dan berbaik sangka jika ada dikalangan mukmin kita mengalami kesulitan mahupun keuzuran. Baik dari pihak penjual mahupun pembeli, kita hendaklah sentiasa berkata-kata yang baik dan berbaik sangka. Mungkin suatu masa nanti, takdir kita pula yang mengalami kesulitan atau keuzuran. Maka semestinya kita juga mengharapkan pihak mukmin yang lain menerima keuzuran dan kesulitan kita.

Janganlah kita terlalu mudah menerima prinsip dan falsafah barat kerana yang paling cantik dan benar adalah dari segi Hukum Islam itu sendiri yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Biarpun di mata orang lain, orang Islam kita tidak setanding tapi kita merebut pahala dan keredhaan Allah yang paling utama :-)

Pihak Cikgu Lin sendiri berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

BarakAllahu Feekum 

Thursday, 21 May 2015

Maklumbalas dari pihak pelanggan :-)


Salam buat para pelanggan :-)

Berikut adalah maklumbalas yang kami terima dari pihak penganjur Sambutan Hari Jururawat 2015

Alhamdulillah..beliau sangat berpuas hati

BarakAllahu Feekum






Tempahan untuk majlis Aqiqah & Kesyukuran :-)


Salam buat para pelanggan :-)

Berikut adalah gambar yang sempat kami upload semasa menyiapkan tempahan dari seorang pelanggan untuk 2 majlis Aqiqah dan Kesyukuran 

kod design pilihan beliau ialah Kod 20 - Victorian roses

Semoga urusan majlis berlangsung dengan lancar hendakNya

BarakAllahu Feekum












Wednesday, 20 May 2015

Tempahan istimewa sempena Sambutan Hari Jururawat 2015


Salam buat para pelanggan :-)

Berikut adalah gambar yang telah kami ambil semasa menyiapkan tempahan seorang

pelanggan bersempena Sambutan Hari Jururawat 2015 :-)

Kod design pilihan penganjur adalah Kod 15-Purple Sakura (Design tersebut mendapat sambutan di kalangan para pelanggan )

BarakAllahu Feekum