Muamalat ialah aktiviti yang melibatkan perhubungan manusia dengan manusia.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariah Allah s.w.t yang melibatkan ekonomi dan sosial Islam.
Dalam erti kata lain, muamalat merupakan prinsip yang menghubungkan adab-adab berjual beli yang indah.
Maka, jangan kamu membebankan pembeli mahupun penjual itu sendiri. Bagaimana beban yang dimaksudkan?
Janganlah kamu meminta tawar menawar yang akhirnya membebankan penjual sehingga menimbulkan rasa kurang selesa kepada penjual. Ini merupakan konsep yang sering terjadi dalam urusan jual beli iaitu muamalat.
Janganlah kamu membebankan pembeli dengan harga yang tidak sepatutnya dan janganlah kamu menipu dalam urusan jual beli. Sentiasa berkata yang benar.
Jangan berkata yang tidak sopan baik dari segi penjual dan juga pembeli.
Teknologi yang maju mempermudahkan urusan jual beli. Namun kebanyakkan pihak kini mengabaikan adab seperti menjaga percakapan dan sentiasa berkata yang baik.
Ini menimbulkan rasa kurang selesa antara penjual dan juga pembeli.
Jagalah percakapan baik dari segi lisan mahupun lidah.
Kerana percakapan yang baik membawa kepada adab yang sopan dan akhirnya prinsip muamalat akan menjadi indah.
InsyaAllah :-)
Cikgu Lin