Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Kecil

Buku Doorgift Besar

Buku Doorgift Besar

Thursday 17 November 2016

Tiada Kiriman Sample :-)

Assalamualaikum Warahmatullah


Salam buat semua para pelanggan..

Ingin saya maklumi bahawa pihak Medi Aslam tidak menawarkan khidmat kiriman sample buku sejak dari dahulu hingga kini :-)

Ini adalah kerana ianya berkaitan  dengan isu duplikasi dan juga bagi mengelakkan berlakunya salah faham yang timbul kelak.

Ingin dimaklumi bahawa segala penyusunan isi kandungan buku2 terbitan kami adalah hak milik Medi Aslam Enterprise. Sebarang duplikasi isi kandungan, gambar2 atau hebahan menerusi laman sosial yang tidak sepatutnya adalah dilarang.

Hormatilah hak individu kerana sesungguhnya jika kamu menjaga kepentingan seorang muslim itu maka Allah SWT akan menjaga kepentingan kamu di dunia dan akhirat kelak.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui” [Surah Al-Anfal : 27]



Disebabkan hal yang demikian maka kami telah pun mengemaskini gambar2 tempahan  yang telah kami siapkan dan juga contoh isi buku terbitan kami.


Harap Maklum

Cikgu Lin

Wednesday 2 November 2016

Tempahan yang telah disiapkan


Assalamualaikum Warahmatullah


Salam buat semua pelanggan..

Alhamdulillah telah banyak tempahan yang telah disiapkan. Namun pihak kami belum berkesempatan untuk mengemaskini status tempahan :-)

Alhamdulillah semuanya telah siap seperti dirancang..

Berikut adalah tempahan by custom cover dan custom tajuk buku untuk kuantiti 300pcs dari Melaka 

Harga seunit untuk custom cover dan tajuk by kuantiti berikut adalah di antara 1.35/pc ke 1.50/pc.

Harap para pelanggan sedia maklum bahawa kami menyediakan pelbagai tajuk buku maka bagi harga rm1/pc terhad untuk design ready made sahaja (dimana tajuk buku sama dengan design buku).

Kesemua isi buku kami adalah berasaskan alquran dan hadith yang shahih yang telah disahkan takhrijnya.

BarakAllahu Feekum

Cikgu lin















Wednesday 7 September 2016

Tempahan yang telah disiapkan :-)


Assalamualaikum Warahmatullah

Sudah lama Cikgu Lin tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog.

Alhamdulillah semua tempahan telah disiapkan & diterima sebelum majlis :-)

Berikut adalah gambar bagi tempahan yang telah disiapkan.

BarakAllahu Feekum.





























Wednesday 22 June 2016

Hidup Umpama Persinggahan :-)


Assalamualaikum Warahmatullah


Alhamdulillah. Mensyukuri segala nikmat yang diberi.

Semalam, Hari ini dan Esok.

Sesungguhnya Hidup ini umpama satu perjalanan.

Alam Dunia ini umpama satu persinggahan lalu kita berteduh dibawah pohonan rimbun.

Adakah kita akan menghias pohon itu semahunya...secantiknya...seindahnya

Adakah kita akan mengukir pohon teduhan kita dengan ukiran yang cantik..

Sementelahan kita hanya tumpang berteduh.

Semakin kita menghias pohonan itu semakin berat dan sayang untuk kita tinggalkan pergi.

Kerana hati sudah terpaut dengan pohonan itu.

Itulah yang kita lakukan jika kita terlalu menghias dunia.

Harta, Rumah, Pangkat, Kedudukan.

Kita akan tinggalkan pohon teduhan itu bagi meneruskan perjalanan kita ke tempat yang pasti.

Kekal.

Pohonan itu tempat kita berteduh.


Tidaklah aku di dunia ini melainkan (hanya) seperti seorang musafir yang berteduh di bawah pohon lalu beristirahat dan kemudian meninggalkannya (pohon tersebut).” 

(HR. At-Tirmidzi no. 3277)


Cikgu Lin

Medi Aslam Enterprise.









Wednesday 8 June 2016

Tempahan dari pelanggan (Repeat Order)


Assalamualaikum Warahmatullah

Alhamdulillah..

Tempahan istimewa dari seorang pelanggan jauh diselatan tanah air :-)

Rakan seperjuangan yang sudah kali kedua menempah buat perkahwinan anakanda beliau.

Alhamdulillah..beliau amat berpuas hati buat sekian kalinya :-)

Beliau sungguh menghargai tatapan ilmu dalam naskah buku keluaran kami :-)

Semoga majlis anakanda beliau berjalan dengan lancar hendakNya.

Allahumma Amin.


Berikut adalah untuk tempahan sebanyak 600 naskah bagi buku bertajuk Amalan Menjemput Rezeki Bersumber AlQuran dan As sunnah.




















Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan :-)


Assalamualaikum Warahmatullah

Sekian lama di nanti, Alhamdulillah bertemu kita di bulan penuh keberkahan dan kemuliaan.

Segala puji buat Pencipta Alam dan sekalian Makhluk, diberi kesempatan menikmati dan mengharungi bulan yang amat bermakna ini.

Salam Ramadhan buat semua pelanggan. Semoga kita dapat menjalani bulan yang penuh kemuliaan ini dengan ibadah dan penuh tawaduk serta istiqomah yang berpanjangan.

InsyaAllah :-)

Allahumma Amin






Tuesday 10 May 2016

Tempahan Untuk Kajian UKM :-)


Assalamualaikum Warahmatullah

Berikut adalah tempahan dari pelanggan untuk Kajian Beliau sebagai sumbangan Cenderahati :-)

Tempahan sebanyak 1000pcs.

Alhamdulillah beliau amat berpuas hati malah menambah tempahan bagi majlis anjuran Pihak UM baru-baru ini.

Tajuk terbaharu daripada kami iaitu Pearl Of Wisdom.

Petikan Hadith yang telah diolah ke dalam versi Bahasa Inggeris bersesuaian sebagai cenderahati bagi tetamu Muslim dan juga Non-Muslim.

Tiada seumpama di pasaran. Keluaran khas dari kami.

Bagi mereka yang mencari kelainan untuk cenderahati InsyaAllah tajuk ini mungkin dapat memberi manfaat pada semua tetamu yang hadir.

Semoga semua pihak dapat memanfaatkan tajuk terbaharu kami.

Segala gambar, penyusunan dan juga petikan isi kandungan adalah hak milik Pihak Medi Aslam Enterprise.

BarakAllahu Feekum.